Renew CIDB Card
Portal rasmi pendaftaran dan pembaharuan kad CIDB secara online.
Kami tawarkan
98% Permohonan lulus dalam masa 24 jam
Pembayaran berpatutan dengan kualiti servis terbaik
Pegawai berpengalaman melebihi 5 tahun menguruskan permohonan
Dokumen sokongan yang minimum.
CIDB Card
Kad CIDB, juga dikenali sebagai Kad Personel Binaan atau Kad Hijau CIDB. Ia merupakan dokumen pengenalan rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada pekerja industri pembinaan di Malaysia. Kad ini bertindak sebagai bukti bahawa pemegangnya telah menjalani kursus Keselamatan yang diwajibkan oleh CIDB.
Menurut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Akta 520) 1994, semua pekerja binaan di Malaysia diwajibkan untuk berdaftar dengan CIDB dan memiliki kad ini bagi memastikan mereka layak bekerja dalam sektor pembinaan. Akta ini bertujuan untuk mengawal selia pembangunan industri pembinaan serta meningkatkan tahap profesionalisme dan keselamatan di tapak pembinaan.
“Seseorang tidak boleh terlibat, atau diambil, atau mengaku janji untuk terlibat, atau diambil sebagai personel binaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini.”
“Tiada penyelia tapak binaan atau pekerja mahir boleh terlibat atau diambil sebagai penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir melainkan jika dia diakreditasi dan diperakukan oleh Lembaga dan memegang suatu perakuan yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawak Akta ini”
Langkah-Langkah Renew CIDB Card
Langkah 1
Isi borang pembaharuan atau Pendaftaran baharu. Pastikan dokumen yang diperlukan dimuat naik.
Langkah 2
Buat pembayaran mengikut permohonan yang dipilih.
Langkah 3
Pas sementara dijanakan. Pas ini sah sebagaimana Kad sebenar
Langkah 4
Kad fizikal akan dihantar oleh CIDB dalam tempoh 14 hari bekerja.
Kadar Bayaran
Berikut ialah senarai bayaran bagi setiap permohonan. Kami tawarkan potongan harga bagi permohonan berkelompok (melebihi 3 orang). Sila hubungi kami untuk mendapatkan potongan harga.
Pekerja Tempatan
Tempoh | Harga |
---|---|
1 Tahun | RM 80 |
2 Tahun | RM 130 |
3 Tahun | RM 180 |
4 Tahun | RM 220 |
5 Tahun | RM 250 |
Pekerja Asing
Tempoh | Harga |
---|---|
1 Tahun | RM 350 |
2 Tahun | RM 350 |
3 Tahun | RM 350 |
4 Tahun | RM 350 |
5 Tahun | RM 350 |
Testimoni




