Permohonan pembaharuan CIDB Card bagi pekerja tempatan sahaja.
Renew Kad Hijau CIDB untuk pekerja tempatan
Kami uruskan pembaharuan Kad Personel Binaan (Kad Hijau) anda di sistem CIMS CIDB. Anda hanya perlu isi borang di bawah dan bayar secara online. Tak perlu log masuk CIMS atau ke pejabat CIDB.
Siapa boleh guna borang ini: pemegang MyKad yang sudah berdaftar dengan CIDB dan mahu menyambung tempoh pendaftaran. Pembaharuan boleh dibuat seawal 60 hari sebelum tarikh tamat. Kad yang sudah tamat tempoh juga boleh diperbaharui.
| Tempoh | Harga |
|---|---|
| 1 tahun | RM80 |
| 2 tahun | RM130 |
| 3 tahun | RM180 |
| 4 tahun | RM220 |
| 5 tahun | RM250 |
Tempoh dan harga tertakluk kepada sistem CIMS. Tarikh tamat pendaftaran ditetapkan oleh CIDB berdasarkan tarikh lahir, jadi tempoh 1 tahun kadangkala tidak dapat dipilih. Jika ini berlaku, kami hubungi anda sebelum meneruskan.
Langkah
- Isi borang di bawah (2–3 minit).
- Bayar melalui FPX (Billplz).
- Kami proses di CIMS dan hantar pas sementara (Perakuan Pendaftaran) kepada anda dalam 24 jam bekerja selepas bayaran.
- Pendaftaran anda dikemas kini. Pemegang kad pintar terkini tidak menerima kad baharu; kad sedia ada terus digunakan.
Maklumat yang diperlukan
- Nama penuh dan nombor MyKad
- Nombor telefon dan emel
- Alamat (untuk rekod dan penghantaran jika kad perlu dicetak)
- Nama, nombor MyKad dan telefon waris (penerima manfaat takaful CIDB)
Tiada salinan IC perlu dimuat naik.
Soalan lazim
Adakah saya akan dapat kad baharu?
Tidak, bagi pemegang kad pintar terkini. CIDB tidak mencetak kad untuk pembaharuan kecuali jika nombor pasport bertukar. Status anda boleh disemak di Semak Kad Hijau.
Kad saya sudah tamat tempoh. Masih boleh renew?
Boleh. Gunakan borang yang sama.
Bagaimana jika permohonan tidak berjaya?
Bayaran anda dipulangkan sepenuhnya. Rujuk Terma & Syarat.
Ini laman CIDB ke?
Tidak. Kami ejen swasta (Telus Utama Consultant, SSM 202603155061) yang menguruskan permohonan bagi pihak anda. Anda juga boleh memohon sendiri di cims.cidb.gov.my.
Perlu bantuan? WhatsApp atau telefon 013-443 1732, Isnin–Jumaat 9 pagi–6 petang. Borang boleh dihantar 24 jam.