Pendaftaran Baharu Pekerja Tempatan

Borang bagi pendaftaran baharu CIDB card bagi pekerja tempatan sahaja.

Pekerja tempatan

Daftar Kad Hijau CIDB kali pertama

Untuk warganegara Malaysia yang belum pernah berdaftar sebagai Personel Binaan CIDB. Kad Hijau wajib bagi sesiapa yang bekerja di tapak bina (Akta 520, Seksyen 33).

RM260semua termasuk: yuran rasmi CIDB, kursus keselamatan, pos kad ke alamat anda dan semua urusan permohonan. Sah selama 2 tahun. Tiada caj tersembunyi.

Syarat CIDB

  • Berumur 16 tahun ke atas, dengan MyKad yang sah
  • Sijil keselamatan pembinaan (kursus SICW / eSICW). Belum ada? Kursus sudah termasuk dalam harga kami.
  • Bekerja atau akan bekerja dalam sektor pembinaan

Langkah

  1. Isi borang dan muat naik dokumen.
  2. Bayar melalui FPX (Billplz).
  3. Kami daftar di CIMS dan hantar pas sementara (Perakuan Pendaftaran) dalam 24 jam bekerja selepas bayaran. Pas ini sah untuk masuk tapak bina.
  4. Kad fizikal diposkan ke alamat anda dan diterima dalam 25–30 hari selepas permohonan, tertakluk kepada kawalan dan peraturan CIDB Malaysia.
Pendaftaran Baharu Pekerja Tempatan

Dokumen Sokongan

Sila muat naik dokumen berikut sekiranya ada.

  • Format JPG,PNG, GIF
  • Max 4 MB

Maklumat Waris

Sila isi maklumat waris untuk dihubungi.


Jumlah Pembayaran : RM260.00

Dokumen yang diperlukan

  • Kad Pengenalan (MyKad)
  • Kad NIOSH, jika ada
  • Sijil SICP / SICW, jika ada. Belum ada? Kursus termasuk dalam harga.
  • Maklumat waris dan alamat penghantaran kad (diisi dalam borang)

Soalan lazim

Saya belum ada sijil SICW. Boleh mohon?

Boleh. Kursus keselamatan sudah termasuk dalam harga RM260; kami uruskan bersama permohonan anda.

Berapa lama sah pendaftaran?

Pendaftaran ini sah selama 2 tahun.

Bila kad sampai?

Dalam 25–30 hari. Sementara itu, pas sementara boleh digunakan. Semak status di Semak Kad Hijau.

Bagaimana jika permohonan tidak berjaya?

Bayaran anda dipulangkan sepenuhnya. Rujuk Terma & Syarat.

Ini laman CIDB ke?

Tidak. Kami ejen swasta (Telus Utama Consultant, SSM 202603155061) yang menguruskan permohonan bagi pihak anda. Anda juga boleh memohon sendiri di cims.cidb.gov.my.

Perlu bantuan? WhatsApp atau telefon 013-443 1732, Isnin–Jumaat 9 pagi–6 petang. Borang boleh dihantar 24 jam.