Semak Status Kad Hijau CIDB

Semak status pendaftaran Kad Personel Binaan (Kad Hijau) CIDB anda secara langsung melalui sistem CIMS CIDB. Masukkan No. MyKad atau No. Pasport anda di bawah untuk lihat keputusan serta-merta di halaman ini.

ⓘ
Maklumat Semakan

Data Kad Hijau disemak secara langsung daripada sistem CIMS CIDB. Pastikan nombor pengenalan dimasukkan dengan betul tanpa dash (-).

💼

Semakan Kad Hijau

Personel Binaan Berdaftar CIDB

👤
📞
📄

Keputusan Semakan

Data langsung dari sistem CIMS CIDB

🔍

Masukkan maklumat di atas untuk semak status

Keputusan akan dipaparkan terus di sini
Kad Hijau Aktif?

Jika Kad Hijau anda masih aktif, anda boleh terus bekerja di tapak bina. Pastikan tarikh luput tidak melebihi 30 hari.

Kad Hijau Tamat?

Jika Kad Hijau anda hampir atau sudah tamat, hubungi kami untuk proses pembaharuan segera.

Renew Kad Hijau Sekarang →
Perlukan Bantuan?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan Kad Hijau CIDB

Cara semak Kad Hijau CIDB secara online

Ada beberapa cara untuk semak sama ada Kad Hijau (Kad Personel Binaan) anda masih aktif. Semua cara di bawah percuma.

1. Guna penyemak di atas

Pilih jenis personel, masukkan No. MyKad (12 digit tanpa sengkang) atau No. Pasport, dan nombor telefon anda. Keputusan diambil daripada sistem CIMS CIDB dan dipaparkan terus di halaman ini. Kami minta nombor telefon supaya pegawai kami boleh membantu jika kad anda perlu diperbaharui; rujuk Notis Privasi.

2. Semak sendiri di laman CIDB

  • Buka halaman Search Construction Personnel (CIMS CIDB). Halaman yang sama boleh dicapai melalui menu Semakan Personel Binaan (Kad Hijau) di laman web CIDB.
  • Masukkan No. MyKad tanpa sengkang atau jarak (contoh: 910101101234), No. Pasport (contoh: A10101234) atau No. IMM13P (contoh: IP123456789).
  • Taip kod keselamatan yang dipaparkan, kemudian klik Search.

3. Aplikasi CIDB Malaysia

Muat turun aplikasi CIDB Malaysia di App Store atau Google Play, kemudian gunakan carian Personel Binaan untuk menyemak pendaftaran anda.

4. Perakuan Pendaftaran

Tarikh tamat pendaftaran juga tertera pada Perakuan Pendaftaran Personel Binaan yang dikeluarkan selepas anda mendaftar atau renew.

Maksud keputusan semakan

Keputusan Apa perlu dibuat
Aktif Anda boleh terus bekerja di tapak bina. Semak tarikh tamat; CIDB membenarkan pembaharuan seawal 60 hari sebelum tarikh tamat.
Tamat tempoh Pendaftaran perlu diperbaharui sebelum anda boleh bekerja di tapak bina. Kad yang sudah lama tamat juga boleh diperbaharui: renew pekerja tempatan (dari RM80) atau renew pekerja asing (RM350).
Tidak dijumpai Semak semula nombor yang dimasukkan: MyKad tanpa sengkang, dan huruf pasport yang betul. Jika pasport pekerja telah bertukar, rekod mungkin di bawah nombor pasport lama. Jika anda belum pernah mendaftar, mohon daftar baharu.

Tarikh pada kad bukan tarikh tamat pendaftaran

Mengikut CIDB, tarikh yang tertera pada kad ialah tarikh tamat kad itu sendiri, bukan tarikh tamat pendaftaran anda. Tarikh tamat pendaftaran yang sebenar ditunjukkan dalam semakan CIDB, aplikasi CIDB Malaysia dan Perakuan Pendaftaran. Sebab itu, semak status di sini sebelum menganggap kad anda masih sah.

Soalan lazim

Adakah semakan ini percuma?

Ya. Semakan di halaman ini, di laman CIDB dan dalam aplikasi CIDB Malaysia semuanya percuma.

Kenapa keputusan saya "tidak dijumpai"?

Biasanya kerana nombor dimasukkan dengan sengkang atau jarak, huruf pasport tersalah, atau pekerja asing kini menggunakan pasport baharu. Jika masih tidak dijumpai, WhatsApp kami di 013-443 1732.

Kad saya hilang tetapi status masih aktif. Apa perlu dibuat?

Pendaftaran anda masih sah. Untuk kad fizikal baharu, mohon gantian kad.

Saya majikan dan perlu semak ramai pekerja.

Anda boleh semak satu demi satu di atas, atau WhatsApp senarai pekerja kepada kami di 013-443 1732 untuk bantuan.

Adakah laman ini milik CIDB?

Tidak. Renew CIDB Card dikendalikan oleh Telus Utama Consultant, ejen swasta yang membantu permohonan Kad Hijau. Keputusan semakan diambil daripada sistem CIMS CIDB.

CIDB green card check (English)

To do a CIDB check status for your green card, enter your MyKad or passport number in the checker above. This green card CIDB check is free, works for local and foreign workers, and pulls the result straight from CIDB's CIMS system. If your card has expired, you can renew it online.