Dikemas kini: 24 Oktober 2026 · English version below
Notis ini menerangkan bagaimana Telus Utama Consultant (202603155061 (SA0654215-X)), pemilik renewcidbcard.my, mengumpul dan menggunakan data peribadi anda, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
1. Data yang kami kumpul
- Borang permohonan: nama, No. MyKad atau pasport, nombor telefon, e-mel, alamat, dan nama, No. MyKad serta nombor telefon waris.
- Dokumen: salinan dokumen yang anda muat naik (contohnya pasport, permit kerja atau sijil kursus), jika diperlukan untuk permohonan.
- Semakan status Kad Hijau: No. MyKad atau pasport dan nombor telefon yang anda masukkan.
- Bayaran: status dan rujukan bayaran daripada Billplz. Kami tidak menerima atau menyimpan butiran log masuk bank anda.
- Komunikasi: mesej WhatsApp, panggilan dan e-mel antara anda dan kami.
- Penggunaan laman web: kuki untuk Google Analytics dan Google Ads, serta kuki kami sendiri yang merekod dari mana anda datang ke laman ini (contohnya Google atau TikTok) dan halaman yang anda lihat.
Ruangan bertanda * adalah wajib. Tanpa maklumat ini kami tidak dapat memproses permohonan anda.
2. Tujuan kami menggunakan data anda
- Menghantar dan menguruskan permohonan Kad Hijau anda dengan CIDB.
- Menghubungi anda tentang permohonan, bayaran dan pemulangan bayaran.
- Menghantar pas sementara, resit dan peringatan berkaitan permohonan anda.
- Menghantar e-mel peringatan renew jika anda memilih untuk menerimanya (anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa).
- Memahami dan menambah baik laman web serta iklan kami.
- Mematuhi keperluan undang-undang, termasuk rekod perakaunan.
3. Siapa yang menerima data anda
- CIDB, melalui sistem CIMS, untuk tujuan permohonan.
- Billplz, untuk memproses bayaran FPX.
- Penyedia perkhidmatan yang membantu kami mengendalikan laman web, e-mel dan analitik (contohnya hos laman web dan Google).
- Pihak berkuasa, jika dikehendaki oleh undang-undang.
Kami tidak menjual data peribadi anda.
4. Keselamatan dan tempoh simpanan
Laman ini menggunakan sambungan selamat (HTTPS). Dokumen yang dimuat naik hanya boleh dibuka oleh pentadbir kami. Kami menyimpan data anda selagi diperlukan untuk tujuan di atas dan untuk mematuhi keperluan undang-undang.
5. Hak anda
- Meminta salinan data peribadi anda yang kami simpan.
- Meminta pembetulan data yang tidak tepat.
- Menarik balik persetujuan atau meminta kami berhenti menghubungi anda untuk tujuan pemasaran.
Jika anda menarik balik persetujuan semasa permohonan masih diproses, kami mungkin tidak dapat meneruskan permohonan tersebut.
6. Hubungi kami
E-mel: bantuan@renewcidbcard.my
WhatsApp atau telefon: 013-443 1732 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang)
Alamat: PT 14565, Tingkat 2, Bangunan Majlis Perbandaran Dungun, Simpang Balai Polis Dungun, 23000 Dungun, Terengganu.
Jika terdapat percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Melayu terpakai.
Privacy Notice (English)
This notice explains how Telus Utama Consultant (202603155061 (SA0654215-X)), owner of renewcidbcard.my, collects and uses your personal data under the Personal Data Protection Act 2010.
Data we collect
- Application forms: name, MyKad or passport number, phone number, email, address, and your next of kin’s name, MyKad number and phone number.
- Documents: copies you upload (such as passport, work permit or course certificate) when the application needs them.
- Green Card status check: the MyKad or passport number and phone number you enter.
- Payments: payment status and reference from Billplz. We do not receive or store your online banking login details.
- Communication: WhatsApp messages, calls and emails between you and us.
- Website use: cookies for Google Analytics and Google Ads, and our own cookies recording how you reached this site (for example Google or TikTok) and the pages you viewed.
Fields marked * are required. Without them we cannot process your application.
Why we use it
To submit and manage your Green Card application with CIDB; to contact you about your application, payment and refunds; to send your temporary pass, receipts and related reminders; to send renewal reminder emails if you opt in (you can unsubscribe at any time); to understand and improve our website and ads; and to meet legal requirements, including accounting records.
Who receives it
CIDB (through the CIMS system), Billplz (FPX payments), service providers that help us run our website, email and analytics (such as our web host and Google), and authorities where the law requires. We do not sell your personal data.
Security and retention
This site uses HTTPS. Uploaded documents can only be opened by our administrators. We keep your data for as long as needed for the purposes above and to meet legal requirements.
Your rights
You may ask for a copy of the personal data we hold about you, ask us to correct inaccurate data, and withdraw consent or ask us to stop contacting you for marketing. If you withdraw consent while an application is still being processed, we may not be able to complete it.
Contact
Email bantuan@renewcidbcard.my, WhatsApp or call 013-443 1732 (Monday to Friday, 9am to 6pm), or write to PT 14565, Tingkat 2, Bangunan Majlis Perbandaran Dungun, Simpang Balai Polis Dungun, 23000 Dungun, Terengganu.
If the Malay and English versions differ, the Malay version applies.