Terma & Syarat

Terma ini terpakai apabila anda menggunakan renewcidbcard.my atau memohon perkhidmatan kami. Dengan menghantar borang permohonan dan membuat bayaran, anda bersetuju dengan terma ini dan Notis Privasi kami.

1. Siapa kami

renewcidbcard.my dimiliki dan dikendalikan oleh Telus Utama Consultant (No. pendaftaran 202603155061 (SA0654215-X)), PT 14565, Tingkat 2, Bangunan Majlis Perbandaran Dungun, Simpang Balai Polis Dungun, 23000 Dungun, Terengganu.

Kami ialah ejen swasta yang menguruskan permohonan Kad Personel Binaan (Kad Hijau CIDB) bagi pihak anda. Kami bukan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan tidak mewakili CIDB. Keputusan pendaftaran dan pembaharuan dibuat oleh CIDB. Anda juga boleh memohon sendiri melalui sistem CIMS di cims.cidb.gov.my.

2. Perkhidmatan kami

  • Pembaharuan (renew) Kad Hijau CIDB untuk pekerja tempatan dan asing.
  • Pendaftaran baharu Kad Hijau CIDB untuk pekerja tempatan dan asing, termasuk kursus keselamatan yang diperlukan.
  • Gantian kad yang hilang atau rosak.

Kami mengisi dan menghantar permohonan anda dalam sistem CIMS CIDB berdasarkan maklumat yang anda berikan.

3. Harga dan bayaran

  • Harga yang dipaparkan di laman ini ialah harga perkhidmatan kami dan dibayar sekali sahaja melalui FPX (Billplz). Senarai harga semasa ada di halaman harga.
  • Tempoh pembaharuan dan harga tertakluk kepada sistem CIMS. Tarikh tamat pendaftaran ditetapkan oleh CIDB, jadi tempoh yang anda pilih kadangkala tidak dapat diberikan. Jika ini berlaku, kami akan menghubungi anda sebelum meneruskan.
  • Kami boleh mengubah harga dari semasa ke semasa. Harga yang terpakai ialah harga pada masa anda membuat bayaran.

4. Tempoh proses

  • Pas sementara (Perakuan Pendaftaran) dihantar kepada anda dalam tempoh 24 jam bekerja selepas bayaran diterima dan maklumat anda lengkap. Waktu bekerja kami ialah Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang. Permohonan yang diterima selepas waktu bekerja atau pada hujung minggu diproses pada hari bekerja berikutnya.
  • Kad fizikal dikeluarkan oleh CIDB dan biasanya diterima dalam tempoh 25 hingga 30 hari selepas permohonan, tertakluk kepada peraturan CIDB.
  • Pembaharuan bagi pemegang kad pintar terkini: kad baharu tidak dihantar. Pendaftaran anda dikemas kini dan kad sedia ada terus digunakan. Pemegang kad versi lama akan menerima kad baharu.
  • Kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan yang berpunca daripada CIDB, gangguan sistem CIMS, perkhidmatan pos atau perkara lain di luar kawalan kami. Kami akan memaklumkan anda jika berlaku kelewatan.

5. Tanggungjawab anda

  • Memberi maklumat dan dokumen yang betul, lengkap dan milik anda (atau pekerja yang anda wakili, dengan kebenaran mereka).
  • Memaklumkan waris anda bahawa butiran mereka diberikan kepada kami untuk tujuan permohonan.
  • Memberi respons apabila kami menghubungi anda untuk maklumat tambahan. Permohonan mungkin tertangguh jika kami tidak dapat menghubungi anda.

Kami tidak bertanggungjawab atas permohonan yang gagal atau tertangguh kerana maklumat yang salah atau tidak lengkap.

6. Pemulangan bayaran

  • Jika permohonan anda tidak berjaya, bayaran anda dipulangkan sepenuhnya.
  • Kami akan menghubungi anda untuk mendapatkan butiran akaun bagi pemulangan.
  • Untuk sebarang pertanyaan tentang pemulangan, hubungi kami melalui butiran di bahagian 10.

7. Perlindungan takaful

Perlindungan takaful untuk pemegang Kad Hijau disediakan di bawah skim CIDB, bukan oleh kami. Kelayakan dan tuntutan tertakluk kepada syarat skim tersebut. Maklumat lanjut ada di panduan claim takaful kami dan laman rasmi CIDB.

8. Kandungan laman web

Panduan di laman ini disediakan untuk maklumat umum dan kami berusaha memastikannya tepat. Peraturan CIDB boleh berubah, jadi sila rujuk laman rasmi CIDB untuk maklumat terkini.

9. Perubahan terma

Kami boleh mengemas kini terma ini. Versi terkini sentiasa dipaparkan di halaman ini bersama tarikh kemas kini.

10. Hubungi kami

WhatsApp atau telefon: 013-443 1732
E-mel: bantuan@renewcidbcard.my
Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang.

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.