Dikemas kini 1 Nov 2026 · Telus Utama Consultant
Ringkasnya: Renew Kad Hijau CIDB pekerja tempatan bermula RM80 (1 tahun) dan RM130 (2 tahun). Daftar baharu pekerja tempatan RM260, semua termasuk. Pekerja asing RM350 bagi renew, daftar baharu atau gantian. Semua harga di bawah ialah harga perkhidmatan kami, dibayar sekali melalui FPX.
Harga renew Kad Hijau CIDB (pekerja tempatan)
| Tempoh | Harga |
|---|---|
| 1 tahun | RM80 |
| 2 tahun | RM130 |
| 3 tahun | RM180 |
| 4 tahun | RM220 |
| 5 tahun | RM250 |
Tempoh dan harga tertakluk kepada sistem CIMS. Tarikh tamat pendaftaran ditetapkan oleh CIDB berdasarkan tarikh lahir, jadi tempoh 1 tahun kadangkala tidak dapat dipilih. Jika ini berlaku, kami hubungi anda sebelum meneruskan. Renew sekarang.
Harga daftar baharu Kad Hijau CIDB
| Kategori | Harga | Termasuk |
|---|---|---|
| Pekerja tempatan | RM260 | Kursus keselamatan, pos kad ke alamat anda dan semua urusan permohonan. Sah 2 tahun. |
| Pekerja asing | RM350 | Kursus keselamatan dan semua urusan permohonan. Tempoh mengikut permit kerja. |
Mohon: daftar baharu pekerja tempatan atau daftar baharu pekerja asing.

Harga renew Kad Hijau CIDB pekerja asing
RM350, sama untuk semua tempoh. Tempoh pendaftaran pekerja asing mengikut tarikh tamat permit kerja (PLKS/EP), seperti ditetapkan oleh CIDB. Renew pekerja asing. Panduan lengkap untuk majikan: Kad Hijau CIDB pekerja asing.
Harga gantian Kad Hijau CIDB hilang atau rosak
| Gantian | Pekerja tempatan | Pekerja asing |
|---|---|---|
| Kali pertama | RM120 | RM350 |
| Kali kedua | RM240 | RM350 |
| Kali ketiga dan seterusnya | RM360 | RM350 |
Tiada laporan polis diperlukan. Mohon: gantian pekerja tempatan atau gantian pekerja asing. Langkah, dokumen dan soalan lazim: panduan gantian kad CIDB hilang atau rosak.
Cara bayar renew Kad Hijau CIDB
Ada dua cara untuk membuat bayaran kepada kami:
- Di laman web: isi borang permohonan, kemudian bayar secara online melalui FPX (Billplz).
- Melalui WhatsApp: hubungi kami di 013-443 1732 dan bayar melalui kod QR atau pindahan bank terus.
Jika anda renew sendiri di CIMS, bayaran yuran rasmi CIDB dibuat dalam CIMS melalui perbankan atas talian atau kad kredit/debit. Lihat yuran rasmi CIDB dan langkah renew sendiri.
Apa yang termasuk dalam harga?
- Urusan permohonan penuh di sistem CIMS bagi pihak anda. Tak perlu log masuk CIMS atau ke pejabat CIDB.
- Pas sementara (Perakuan Pendaftaran) dalam 24 jam bekerja selepas bayaran.
- Bayaran selamat melalui FPX (Billplz). Tiada caj tersembunyi.
- Bayaran dipulangkan sepenuhnya jika permohonan tidak berjaya.
- Potongan harga untuk permohonan berkumpulan (lebih 3 orang). Hubungi kami di WhatsApp.
Soalan lazim tentang harga Kad Hijau CIDB
Kenapa harga berbeza berbanding memohon sendiri di CIMS?
Harga kami termasuk urusan permohonan dan bantuan sehingga selesai, jadi anda tak perlu log masuk CIMS, kemas kini eKYC atau beratur. Anda juga boleh memohon sendiri di cims.cidb.gov.my; langkahnya ada dalam cara renew Kad Hijau CIDB.
Berapa harga kursus kad hijau CIDB?
Bagi daftar baharu, kursus keselamatan sudah termasuk dalam harga RM260 (tempatan) atau RM350 (asing). Untuk renew, kursus semula tidak diperlukan.
Adakah renew termasuk kad fizikal baharu?
Tidak bagi pemegang kad pintar terkini. CIDB tidak mencetak kad semula untuk pembaharuan, kecuali jika nombor pasport bertukar. Untuk kad fizikal baharu, pilih gantian kad.
Kenapa pekerja asing RM350 untuk semua tempoh?
Tempoh pendaftaran pekerja asing ditetapkan oleh CIDB mengikut permit kerja, jadi harga kami sama tanpa mengira tempoh.
Ada soalan tentang harga? WhatsApp atau telefon 013-443 1732, Isnin–Jumaat 9 pagi–6 petang.Renew sekarang – RM130
Renew Kad Hijau tanpa log masuk CIMS
Isi borang online, bayar FPX, kami uruskan dengan CIDB. Pas sementara dalam 24 jam bekerja. Bayaran dipulangkan penuh jika permohonan tidak berjaya.
Semak status kad dahulu →

