Dikemas kini 22 Okt 2026 · Telus Utama Consultant
Ringkasnya: Kad Hijau CIDB (Kad Personel Binaan) boleh diperbaharui secara online dengan dua cara: sendiri melalui sistem CIMS CIDB, atau melalui kami tanpa perlu log masuk CIMS. Pembaharuan boleh dibuat seawal 60 hari sebelum tarikh tamat, dan kad yang sudah tamat tempoh juga boleh diperbaharui.
Bila boleh renew Kad Hijau CIDB?
- Seawal 60 hari sebelum tarikh tamat pendaftaran.
- Pemegang MyKad boleh memilih tempoh 1 hingga 5 tahun. Tarikh tamat ditetapkan oleh CIDB berdasarkan tarikh lahir, jadi tempoh tertentu kadangkala tidak dapat dipilih.
- Pekerja asing: tempoh pendaftaran mengikut tarikh tamat permit kerja (PLKS/EP).
- Kad sudah tamat tempoh juga boleh diperbaharui.
Tak pasti bila kad anda tamat? Semak dahulu di Semak Status Kad Hijau CIDB dengan nombor MyKad atau pasport.
Cara 1: Renew sendiri melalui CIMS CIDB
- Log masuk ke cims.cidb.gov.my dengan ID pengguna anda atau MyDigital ID. Pastikan maklumat eKYC anda sudah dikemas kini; CIDB mewajibkannya sejak 1 April 2024.
- Pilih permohonan pembaharuan pendaftaran personel binaan.
- Semak maklumat peribadi, majikan, sijil keselamatan dan waris (benefisiari), kemudian pilih tempoh pendaftaran. Sijil SICW/eSICW dipaparkan secara automatik.
- Bayar secara online dalam CIMS (perbankan atas talian atau kad kredit/debit). Permohonan tanpa bayaran dibatalkan selepas 30 hari.
- Perakuan Pendaftaran Personel Binaan dijana secara automatik selepas bayaran. Perakuan ini sah untuk masuk tapak bina.
Pekerja asing hanya boleh diperbaharui melalui ID majikan di CIMS. Rujuk garis panduan CIDB untuk maklumat penuh.
Cara 2: Biar kami uruskan, tanpa log masuk CIMS
Sesuai jika anda terlupa ID atau kata laluan CIMS, eKYC bermasalah, atau tak mahu urus sendiri.

- Isi borang renew (2–3 minit): pekerja tempatan atau pekerja asing.
- Bayar melalui FPX (Billplz).
- Kami proses di CIMS dan hantar pas sementara (Perakuan Pendaftaran) kepada anda dalam 24 jam bekerja selepas bayaran.
- Pendaftaran anda dikemas kini. Jika permohonan tidak berjaya, bayaran dipulangkan sepenuhnya.
Harga: pekerja tempatan dari RM80 (1 tahun) dan RM130 (2 tahun); pekerja asing RM350. Lihat senarai harga penuh Kad Hijau CIDB.Renew sekarang – RM130
Adakah saya dapat kad baharu selepas renew?
Tidak, bagi pemegang kad pintar terkini. CIDB mencetak kad sekali sahaja dan tidak mencetaknya semula untuk pembaharuan, kecuali jika nombor pasport bertukar. Tarikh yang tertera pada kad ialah tarikh luput kad itu sendiri, bukan tarikh tamat pendaftaran. Tarikh tamat sebenar boleh disemak di Semak Kad Hijau.
Soalan lazim
Perlu ambil kursus keselamatan semula?
Tidak. Sijil SICW/eSICW sedia ada dipaparkan secara automatik dalam CIMS.
Kad saya hilang. Boleh renew?
Renew hanya mengemas kini pendaftaran. Untuk kad fizikal baharu, mohon gantian kad.
Berapa lama proses renew?
Melalui kami, pas sementara dihantar dalam 24 jam bekerja selepas bayaran. Penerangan penuh: berapa lama proses renew kad CIDB.
Kad saya sudah lama tamat tempoh?
Masih boleh diperbaharui. Lihat juga panduan renew CIDB tamat tempoh.
Sedia untuk renew? Isi borang renew Kad Hijau CIDB sekarang, atau WhatsApp kami di 013-443 1732 (Isnin–Jumaat, 9 pagi–6 petang).
Renew Kad Hijau tanpa log masuk CIMS
Isi borang online, bayar FPX, kami uruskan dengan CIDB. Pas sementara dalam 24 jam bekerja. Bayaran dipulangkan penuh jika permohonan tidak berjaya.
Semak status kad dahulu →

