Renew Kad Hijau CIDB Online - Mudah & Pantas

Renew kad CIDB pekerja tempatan RM130 (2 tahun) tanpa login CIMS. Pas sementara dalam 24 jam bekerja.

 

Kenapa renew CIDB online dengan kami

98% Permohonan lulus dalam masa 24 jam
Pembayaran berpatutan dengan kualiti servis terbaik
Pegawai berpengalaman melebihi 5 tahun menguruskan permohonan
i
Dokumen sokongan yang minimum.

Apa itu Kad Hijau CIDB

Kad CIDB, juga dikenali sebagai Kad Personel Binaan atau Kad Hijau CIDB. Ia merupakan dokumen pengenalan rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada pekerja industri pembinaan di Malaysia. Kad ini bertindak sebagai bukti bahawa pemegangnya telah menjalani kursus Keselamatan yang diwajibkan oleh CIDB.

Menurut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Akta 520) 1994, semua pekerja binaan di Malaysia diwajibkan untuk berdaftar dengan CIDB dan memiliki kad ini bagi memastikan mereka layak bekerja dalam sektor pembinaan. Akta ini bertujuan untuk mengawal selia pembangunan industri pembinaan serta meningkatkan tahap profesionalisme dan keselamatan di tapak pembinaan.

Kad Hijau CIDB versi kad pintar

"Seseorang tidak boleh terlibat, atau diambil, atau mengaku janji untuk terlibat, atau diambil sebagai personel binaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini."

Pendaftaran Personel Binaan, Seksyen 33(1)

"Tiada penyelia tapak binaan atau pekerja mahir boleh terlibat atau diambil sebagai penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir melainkan jika dia diakreditasi dan diperakukan oleh Lembaga dan memegang suatu perakuan yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawak Akta ini"

Pemerakuan Penyelia Tapak Binaan dan Pekerja Binaan Mahir, Seksyen 33A(1)

Cara renew CIDB online dalam 4 langkah

h

Langkah 1

Isi borang renew dengan no. kad pengenalan anda (tiada dokumen perlu dimuat naik). Untuk pendaftaran baharu, muat naik dokumen yang diperlukan.

Langkah 2

Buat pembayaran mengikut permohonan  yang dipilih.

Langkah 3

Pas sementara dijana dalam 24 jam bekerja. Pas ini sah sebagaimana kad sebenar.

Langkah 4

Kad fizikal akan diterima dalam tempoh 25 hingga 30 hari, tertakluk kepada kawalan dan peraturan CIDB Malaysia.

Harga renew CIDB card 2026

Berikut ialah senarai bayaran bagi setiap permohonan. Kami tawarkan potongan harga bagi permohonan berkelompok (melebihi 3 orang). Sila hubungi kami untuk mendapatkan potongan harga. Lihat senarai harga penuh Kad Hijau CIDB.

Pekerja Tempatan

TempohHarga
1 TahunRM 80
2 TahunRM 130
3 TahunRM 180
4 TahunRM 220
5 TahunRM 250

Pekerja Asing

TempohHarga
1 – 5 TahunRM 350

Ulasan pelanggan kami

Google review
review6
review5
review4
review2