Tentang Kami

RenewCIDBCard.my dikendalikan oleh Telus Utama Consultant (202603155061 (SA0654215-X)), berpangkalan di Dungun, Terengganu. Kami ialah ejen swasta yang membantu pekerja binaan, majikan dan pelajar memohon, memperbaharui dan menggantikan Kad Hijau CIDB (Kad Pendaftaran Personel Binaan) secara online, tanpa perlu bergelut dengan sistem CIMS sendiri.

Latar belakang kami

  • 2007: pasukan kami mula menguruskan permohonan berkaitan agensi kerajaan melalui Setia Urus Services (003371914-P), bermula dengan Sijil MOF (Lesen Kewangan) untuk syarikat.
  • 2020: kami mula menguruskan permohonan Kad Hijau CIDB untuk pekerja tempatan dan asing.
  • 2026: perkhidmatan Kad Hijau dari Setiatadbir.my dan Setia Urus Services disatukan di bawah Telus Utama Consultant melalui RenewCIDBCard.my.

Apa yang kami uruskan

Untuk permohonan pukal (syarikat atau kumpulan pelajar), hubungi kami melalui WhatsApp supaya kami boleh sediakan sebut harga dan senarai dokumen.

Pasukan kami

Mohd Izzad Amiruddin, Pengurus Operasi Telus Utama Consultant

Mohd Izzad Amiruddin

Pengurus Operasi

Anis Amira Kamaruddin, Penolong Pengurus Operasi Telus Utama Consultant

Anis Amira Kamaruddin

Penolong Pengurus Operasi; menyemak panduan di laman ini

Cara kami bekerja

  • Borang online boleh dihantar 24 jam. Permohonan diproses pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang).
  • Pas sementara dikeluarkan dalam tempoh 24 jam bekerja, supaya anda boleh terus bekerja sementara menunggu kad.
  • Kad fizikal diterima kira-kira 25 hingga 30 hari selepas permohonan, mengikut proses CIDB.
  • Bayaran dikembalikan sepenuhnya jika permohonan tidak berjaya.
  • Salinan IC, pasport dan sijil anda digunakan hanya untuk permohonan anda. Lihat Notis Privasi dan Terma & Syarat.

Kami bukan CIDB

Telus Utama Consultant ialah ejen swasta dan tidak mewakili Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Kelulusan kad tertakluk sepenuhnya kepada CIDB. Anda juga boleh memohon sendiri melalui sistem rasmi CIDB di cims.cidb.gov.my. Kami wujud untuk mereka yang mahu urusan yang lebih mudah, betul dan cepat.

Hubungi kami

Telus Utama Consultant (202603155061 (SA0654215-X))
PT 14565, Tingkat 2, Bangunan Majlis Perbandaran Dungun,
Simpang Balai Polis Dungun, 23000 Dungun, Terengganu
WhatsApp / telefon: 013-443 1732 · E-mel: bantuan@renewcidbcard.my
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi hingga 6:00 petang. Sabtu dan Ahad tutup.