Dikemas kini 24 Okt 2026 · Telus Utama Consultant
Ringkasnya: Pemegang Kad Hijau CIDB yang sah dilindungi Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB, 24 jam sehari. Jika berlaku kemalangan atau kematian, isi Borang UPPT-1/v.03, lampirkan dokumen sokongan, dan hantar terus kepada syarikat takaful dalam tempoh 60 hari. Bagi kad yang didaftar atau diperbaharui mulai 1 Oktober 2024, tuntutan dihantar kepada Etiqa Family Takaful. Manfaat kematian akibat kemalangan ialah RM21,000.
Kad mesti sah pada tarikh kejadian
Kemalangan yang berlaku semasa Kad Hijau tamat tempoh tidak layak dituntut. Semak status kad anda, dan renew sebelum tamat supaya perlindungan tidak terputus.
Semak status Kad HijauRenew Kad Hijau dari RM80Siapa yang layak claim takaful CIDB?
- Personel binaan yang aktif berdaftar dengan CIDB, iaitu Kad Hijau masih sah pada tarikh kejadian.
- Berumur 16 hingga 70 tahun (pada hari jadi akan datang).
- Perlindungan 24 jam, termasuk di luar waktu kerja, dan di seluruh dunia bagi warganegara Malaysia. Kemalangan jalan raya juga dilindungi, bukan di tapak bina sahaja.
- Tuntutan dibuat oleh pemegang kad sendiri, atau oleh penama/pewaris jika berlaku kematian.
- Kejadian bukan berpunca daripada perbuatan melanggar undang-undang.
Pelan ini berasaskan konsep hibah (pemberian). Bayaran tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan CIDB.
Manfaat takaful Kad Hijau CIDB
Amaun bagi sijil CIDB bermula 1 Oktober 2024, seperti dalam Borang UPPT-1/v.03:
| Manfaat | Amaun |
|---|---|
| Kematian akibat kemalangan | RM21,000 |
| Keilatan (kecacatan) kekal akibat kemalangan | Sehingga RM18,000 |
| Kematian akibat sakit | RM3,000 |
| Keilatan kekal seluruh badan akibat sakit | RM3,000 |
| Belanja pengkebumian | RM500 |
| Wad hospital akibat kemalangan | RM25 sehari (maksimum 30 hari) |
| Kerusi roda / tongkat / anggota palsu akibat kemalangan | Sehingga RM500 |
| Caj ambulans akibat kemalangan | Sehingga RM500 |
| Kecurian dan ragut | Sehingga RM500 |
Penting: tuntutan cuti sakit dan kos perubatan (bil klinik atau hospital) akan ditolak. Takaful ini bukan insurans perubatan. Bagi kemalangan di tempat kerja, semak juga perlindungan PERKESO melalui majikan anda.
Cara claim takaful CIDB selepas kemalangan
- Pastikan kad anda sah pada tarikh kejadian. Semak di halaman semakan status atau dengan CIDB.
- Muat turun borang tuntutan yang betul: Borang UPPT-1/v.03 (Etiqa) atau Borang UPPT-1/v.02 (Zurich). Lihat bahagian hantar ke mana untuk tahu yang mana satu.
- Isi borang dengan lengkap: jenis tuntutan, maklumat personel, butiran kemalangan, rawatan dan akaun bank untuk bayaran. Bagi kecacatan kekal, doktor yang merawat perlu isi Bahagian B (laporan pemeriksa perubatan).
- Sediakan dokumen sokongan mengikut jenis tuntutan (senarai di bawah). Setiap salinan perlu disahkan oleh majikan, Jaksa Pendamai, penghulu atau ketua kampung, pegawai kerajaan Kumpulan A, majistret atau pesuruhjaya sumpah.
- Hantar terus kepada syarikat takaful melalui emel atau pos dalam tempoh 60 hari dari tarikh kejadian.
Dokumen yang diperlukan
Wajib untuk semua tuntutan
- Borang tuntutan yang lengkap dan ditandatangani
- Salinan kad pengenalan atau pasport
- Salinan lesen memandu dan laporan polis (jika kemalangan jalan raya)
Kematian akibat kemalangan
- Salinan sijil kematian
- Laporan bedah siasat, laporan perubatan atau laporan toksikologi (jika perlu)
- Laporan siasatan dalaman daripada majikan (jika kemalangan di tapak)
- Jika tiada penama atau penamaan tidak sah dalam CIMS: sijil perkahwinan atau sijil kelahiran serta kad pengenalan waris. Bagi waris warga asing: dokumen pengenalan, alamat di negara asal, dan dokumen atau akuan bersumpah yang mengesahkan hubungan.
Kematian akibat sakit
Salinan sijil kematian, laporan bedah siasat (jika perlu), dan dokumen waris seperti di atas jika tiada penama yang sah.
Kecacatan kekal
Laporan perubatan lengkap, gambar yang menunjukkan kecacatan, dan laporan MRI, CT atau X-ray (jika perlu).
Manfaat wad hospital
Nota keluar masuk hospital (discharge note). Jika diwadkan lebih 12 hari, sertakan juga laporan doktor atau discharge summary.
Kerusi roda, tongkat atau anggota palsu
Laporan perubatan lengkap, resit pembelian, dan surat sokongan daripada doktor yang merawat.
Kecurian dan ragut
Resit pembelian dokumen dan laporan keputusan penyiasatan polis.
Syarikat takaful boleh meminta dokumen lain untuk semakan lanjut.
Hantar tuntutan ke mana?
Syarikat takaful ditentukan oleh pendaftaran atau pembaharuan terakhir kad anda sebelum kejadian:
| Kad didaftar / diperbaharui | Hantar kepada |
|---|---|
| Mulai 1 Oktober 2024 | Etiqa Family Takaful Berhad Borang UPPT-1/v.03 Emel: cidb.inquiry@etiqa.com.my Tel: 1-300-13-8888 / 014-927 7720 Alamat: Level 7, Tower B, Dataran Maybank, No. 1 Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur |
| Pada atau sebelum 30 September 2024 | Zurich Takaful Malaysia Berhad Borang UPPT-1/v.02 Emel: cidbinquiry@zurich.com.my Tel: 1-300-888-622 / 03-2109 6222 |
Tidak pasti tarikh pendaftaran terakhir anda? Hubungi CIDB Careline di 03-5567 3300 untuk pengesahan.
Had masa tuntutan: 60 hari
Borang dan dokumen perlu sampai kepada syarikat takaful dalam tempoh 60 hari dari tarikh kejadian. Tuntutan selepas 60 hari perlu disertakan surat justifikasi kelewatan dan akan diproses mengikut budi bicara syarikat takaful. Tuntutan tidak boleh melebihi tempoh setahun dari tarikh kejadian.
Sebab biasa tuntutan ditolak
- Kad Hijau sudah tamat tempoh pada tarikh kejadian.
- Menuntut cuti sakit atau kos perubatan, yang tidak dilindungi.
- Dihantar lewat tanpa justifikasi, atau kepada syarikat takaful yang salah.
- Borang tidak lengkap atau salinan dokumen tidak disahkan.
- Kejadian berpunca daripada perbuatan melanggar undang-undang.
Soalan lazim
Adakah saya perlu bayar untuk takaful ini?
Tidak secara berasingan. Perlindungan datang bersama pendaftaran Kad Hijau CIDB yang aktif.
Kemalangan berlaku di luar tapak bina. Boleh claim?
Boleh. Perlindungan adalah 24 jam termasuk di luar waktu kerja, dan borang tuntutan ada pilihan bagi kemalangan di tapak dan kemalangan lain, termasuk jalan raya.
Kad saya tamat tempoh semasa kemalangan. Boleh renew dan claim?
Tidak. Kad mesti sah pada tarikh kejadian. Renew selepas kejadian tidak melayakkan tuntutan bagi kejadian tersebut, jadi renew sebelum kad tamat.
Bolehkah renewcidbcard.my uruskan tuntutan saya?
Tidak. Tuntutan dihantar sendiri oleh personel atau waris terus kepada syarikat takaful. Kami membantu dengan pembaharuan, pendaftaran dan gantian Kad Hijau supaya kad anda sentiasa sah.
Pekerja asing dilindungi?
Ya, personel asing yang aktif berdaftar dilindungi. Bagi waris di luar negara, sertakan kod SWIFT bank supaya bayaran boleh dipindahkan terus.
Pastikan anda dilindungi
Renew Kad Hijau online tanpa log masuk CIMS. Pekerja tempatan RM130 untuk 2 tahun, pas sementara dalam 24 jam bekerja.
Renew Kad Hijau sekarangLihat semua hargaSumber: CIDB, Tuntutan Manfaat Takaful Berkelompok Personel Binaan dan Borang UPPT-1/v.03. Maklumat disemak Oktober 2026; rujuk CIDB atau syarikat takaful untuk syarat terkini.
Renew Kad Hijau tanpa log masuk CIMS
Isi borang online, bayar FPX, kami uruskan dengan CIDB. Pas sementara dalam 24 jam bekerja. Bayaran dipulangkan penuh jika permohonan tidak berjaya.
Semak status kad dahulu →


Assalamualaikum. Macam. .mana. Nak kelem. Pampasan. CIDB. Saya. Jatu. Motor. Kaki. Pata.
Walaikumussalam. Tuan pelu ke kuanter CIDB berdekatan.Pastikan tempoh kemalangan belum mencapai tempoh 60 hari.