Permohonan pembaharuan CIDB Card bagi pekerja Asing sahaja.
Renew Kad Hijau CIDB untuk pekerja asing
Untuk majikan atau pekerja asing yang mahu memperbaharui Kad Personel Binaan CIDB. Kami uruskan di sistem CIMS menggunakan ID majikan, jadi anda tak perlu urus sendiri.
Tempoh pendaftaran mengikut tarikh tamat permit kerja (PLKS/EP) yang sah, seperti ditetapkan oleh CIDB.
Langkah
- Isi borang dan muat naik dokumen.
- Bayar melalui FPX (Billplz).
- Kami proses di CIMS dan hantar pas sementara dalam 24 jam bekerja selepas bayaran.
- Kad baharu hanya dicetak jika nombor pasport bertukar; jika dicetak, kad diterima dalam 25–30 hari, tertakluk kepada CIDB.
Dokumen yang diperlukan
- Salinan pasport yang sah
- Salinan permit kerja (PLKS/EP) yang sah
- Nama dan alamat syarikat majikan
- Nombor telefon dan emel untuk dihubungi
Pastikan gambar jelas dan semua sudut dokumen kelihatan.
Soalan lazim
Kenapa tempoh tidak boleh dipilih?
CIDB menetapkan tempoh pendaftaran pekerja asing mengikut tarikh tamat permit.
Permit hampir tamat. Patutkah saya renew sekarang?
Lebih baik perbaharui permit dahulu supaya tempoh Kad Hijau mengikut permit baharu.
Pasport baharu?
Nyatakan nombor pasport baharu dalam borang. Kad baharu akan dicetak.
Bagaimana jika permohonan tidak berjaya?
Bayaran anda dipulangkan sepenuhnya. Rujuk Terma & Syarat.
Permohonan berkumpulan (lebih 3 orang) layak potongan harga. WhatsApp 013-443 1732, Isnin–Jumaat 9 pagi–6 petang.