Dikemas kini 10 Nov 2026 · Telus Utama Consultant
Ringkasnya: Mulai April 2026, CIDB mengeluarkan Kad Hijau (Kad Pendaftaran Personel Binaan) dengan reka bentuk baharu. Anda akan menerima kad baharu jika membuat permohonan baharu atau gantian kad. Bagi renew, kad baharu hanya dihantar jika kad anda sekarang ialah kad versi lama (tiada cip). Jika anda sudah memegang kad pintar (ada cip), renew hanya melanjutkan tarikh dan tempoh sah pendaftaran, dan kad yang sama terus digunakan.
Perlu renew atau daftar Kad Hijau?
Isi borang online, bayar melalui FPX, dan kami uruskan permohonan anda di CIMS. Tak perlu log masuk CIMS sendiri.
Renew Kad Hijau – RM130 (2 tahun)Daftar Kad Hijau baharu – RM260Apa yang berubah pada Kad Hijau CIDB mulai April 2026
CIDB telah memaklumkan bahawa mulai April 2026, Kad Pendaftaran Personel Binaan (Kad Hijau) diberi reka bentuk baharu. Menurut notis CIDB, kad baharu ini dikeluarkan untuk permohonan baharu dan permohonan gantian kad. Kad sedia ada pula kekal boleh digunakan sehingga tarikh tamat tempoh Mastercard yang tertera pada kad masing-masing.
Maknanya, anda tidak perlu memohon kad baharu semata-mata kerana reka bentuk sudah bertukar. Kad yang anda pegang sekarang masih boleh digunakan.
Contoh Kad Hijau CIDB reka bentuk baharu 2026
Di bawah ialah gambar sebenar Kad Hijau CIDB reka bentuk baharu. Nama, No. Personel ID dan gambar pemegang kad telah dikaburkan untuk melindungi privasi.



Ciri-ciri kad reka bentuk baharu
- Kad berbentuk menegak, dengan logo CIDB Malaysia di bahagian atas
- Ada cip dan simbol tanpa sentuh, dengan perkataan "prepaid" dan logo Mastercard
- Latar bangunan ikonik Kuala Lumpur dengan corak litar
- Nama pemegang dan No. Personel ID di bahagian depan, dengan tulisan "Kad Pendaftaran Personel Binaan"
- Terdapat dua variasi: berlatar hologram biru tanpa gambar di depan, dan berwarna hijau kebiruan dengan gambar pemegang kad
- Menurut notis CIDB (PDF), kad juga memaparkan No. MyKad/pasport, warganegara, nombor kad dan tarikh tamat Mastercard. Nama dihadkan kepada 21 aksara, jadi nama panjang mungkin dipendekkan.
Penting: tarikh tamat Mastercard ("Valid Thru") yang dicetak pada kad bukan tarikh tamat pendaftaran personel binaan anda. Untuk tahu bila pendaftaran anda tamat, semak di halaman semak status Kad Hijau menggunakan nombor MyKad atau pasport.
Jangan kongsi gambar kad anda di media sosial tanpa mengaburkan nama, No. Personel ID, No. KP dan nombor kad.
Siapa dapat kad baharu?
| Jenis permohonan | Dapat kad baharu? |
|---|---|
| Daftar baharu | Ya, kad baharu dihantar |
| Gantian (kad hilang atau rosak) | Ya, kad baharu dihantar |
| Renew, kad sekarang versi lama (tiada cip) | Ya, kad baharu dihantar |
| Renew, kad sekarang kad pintar (ada cip) | Tidak. Hanya tarikh dan tempoh sah pendaftaran dilanjutkan; kad sedia ada terus digunakan |
Ramai pemegang kad pintar menyangka renew mereka tidak berjaya kerana tiada kad baharu sampai. Sebenarnya, pendaftaran sudah dilanjutkan dalam sistem CIDB. Anda boleh sahkan tarikh tamat baharu di /semak/.
Cara kenal kad anda: kad versi lama atau kad pintar?
Lihat bahagian depan kad anda:
- Ada cip (petak logam kecil) pada kad – ini kad pintar. Bila renew, kad yang sama terus digunakan.
- Tiada cip – ini kad versi lama. Bila renew, anda akan menerima kad baharu.
Semua kad reka bentuk baharu dalam gambar di atas mempunyai cip. Kad versi lama tidak mempunyai cip langsung. Tidak pasti? Hantar gambar kad anda kepada kami melalui WhatsApp dan kami bantu semak. Bagi kad versi lama, pastikan alamat surat-menyurat anda betul dalam borang supaya kad baharu sampai ke tangan anda.
Kad bercip ini juga kad prabayar Mastercard. Untuk guna fungsi bayaran dan eWallet, ikut cara aktifkan Kad Hijau CIDB dalam aplikasi Construx.
Sementara menunggu kad: pas sementara
Bagi permohonan yang melibatkan kad baharu, kad fizikal hanya diterima dalam 25–30 hari mengikut peraturan CIDB. Sementara itu, anda akan menerima pas sementara (Perakuan Pendaftaran Personel Binaan) dalam 24 jam bekerja selepas bayaran disahkan. Perakuan ini menunjukkan pendaftaran anda sah sementara menunggu kad sampai. Penerangan penuh tentang tempoh proses ada dalam panduan berapa lama proses renew kad CIDB.
Kad di pejabat CIDB lebih 6 bulan akan dilupuskan
Jika kad anda dihantar ke kaunter pejabat CIDB negeri atau cawangan untuk diambil sendiri, ambil secepat mungkin. Menurut notis di portal CIMS, mulai 12 Mei 2025 kad yang berada di pejabat CIDB melebihi 6 bulan dari tarikh diterima di kaunter akan dilupuskan dan tidak boleh dituntut lagi. Jika ini berlaku, anda perlu memohon gantian kad untuk mendapatkan cetakan baharu.
Soalan lazim
Adakah saya wajib tukar kepada kad reka bentuk baharu?
Tidak. Menurut CIDB, kad sedia ada kekal boleh digunakan sehingga tarikh tamat Mastercard pada kad. Kad baharu dikeluarkan untuk permohonan baharu, gantian, dan renew bagi pemegang kad versi lama.
Saya ada kad pintar dan baru renew. Kenapa tiada kad baharu?
Bagi pemegang kad pintar, renew hanya melanjutkan tarikh dan tempoh sah pendaftaran. Kad yang sama terus digunakan. Semak tarikh tamat baharu anda di /semak/.
Kad pintar saya rosak atau cip tidak berfungsi. Boleh dapat kad baharu?
Boleh, melalui permohonan gantian kad. Harga gantian pekerja tempatan RM120 (kali pertama) dan pekerja asing RM350. Lihat panduan gantian Kad Hijau.
Tarikh pada kad saya sudah lepas. Adakah pendaftaran saya tamat?
Belum tentu. Tarikh "Valid Thru" pada kad ialah tarikh tamat Mastercard. Tarikh tamat pendaftaran personel binaan disemak berasingan di /semak/. Jika pendaftaran sudah tamat, anda perlu renew.
Pekerja asing pun dapat kad reka bentuk baharu?
Notis CIDB terpakai kepada semua Kad Pendaftaran Personel Binaan. Bagi pekerja asing, permohonan dibuat oleh majikan. Lihat panduan Kad Hijau pekerja asing.
RenewCIDBcard.my (Telus Utama Consultant) ialah ejen swasta yang membantu permohonan Kad Hijau, bukan CIDB. Maklumat reka bentuk kad diambil daripada notis rasmi CIDB; keputusan pendaftaran dan pengeluaran kad adalah di bawah CIDB.
Renew Kad Hijau tanpa log masuk CIMS
Isi borang online, bayar FPX/kad, kami uruskan dengan CIDB. Pas sementara dalam 24 jam bekerja. Bayaran dipulangkan penuh jika permohonan tidak berjaya.
Semak status kad dahulu →

